Friday, July 24, 2009

Placenta Praevia/Uri di bawah

souce from : nonaku.com

Placenta atau dalam bahasa melayu adalah uri. Uri merupakan ‘kembar’ bayi semasa dalam rahim. Penting untuk perkembangan bayi.

Biasanya uri terletak di bahagian atas rahim. Ini kedudukan yang selamat untuk uri. Tetapi jika uri itu berada di bawah ini dipanggil Placenta Praevia atau uri di bawah. Ini merupakan masalah ketika mengandung.

Jika pendarahan berlaku tanpa dapat dikawal, ini membahayakan ibu dan bayi. Jika masih belum berhenti, ibu terpaksa bersalin awal.

Terdapat 4 jenis
- uri terletak rendah dalam rahim. Bayi masih boleh dilahirkan secara vaginal
- bahagian hujung uri menyentuh pembukaan serviks tetapi tidak menutupinya. Bayi masih boleh bersalin secara vaginal
- sebahagian uri menutupi pembukaan serviks. Bayi perlu dilahirkan secara pembedahan
- uri menutupi sepenuhnya pembukaan serviks. Bayi perlu dilahirkan secara pembedahan

Pada peringkat awal mengandung, sehingga minggu ke 20, jika uri terletak di bawah atau menutupi serviks anda tidak perlu bimbang. Semakin bayi membesar, rahim yang mengembang akan menarik uri dari serviks.

Pendarahan semasa 3 bulan terakhir mengandung merupakan salah satu simptomnya. Apabila bahagian rahim mengembang semasa pertengahan mengandung, uri mungkin akan terpisah menyebabkan pendarahan yang banyak. Hubungi doktor anda dengan segera. Namun kadang-kadang tiada tanda. Sebaiknya lakukan scan untuk memastikan keadaan uri dalam kedudukan yang baik

Ibu yang mengandung anak kedua dan seterusnya lebih berisiko mengalaminya berbanding dengan mereka yang mengandung kali pertama. Juga terdapat sedikit risiko bagi mereka yang pernah bersalin secara pembedahan, atau pernah mengalami masalah ini sebelumnya atau mereka yang merokok. Namun kebanyakannya tiada faktor risiko tertentu.

Untuk mengatasi masalah ini, bergantung pada keadaan. Jika anda mengandung selepas 20 minggu, tetapi tiada pendarahan, anda mungkin dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang aktiviti lasak dan jangan buat kerja berat. Jika berlaku pendarahan yang banyak, perlu ditahan di hospital untuk pemantauan. Walaupun telah berhenti anda mungkin diminta berada di hospital sehingga bayi dilahirkan. Anda juga akan dinasihatkan agar tidak melakukan hubungan seks dengan suami kerana ini mungkin akan menyebabkan pendarahan.


souce from : portal.alamhamil.com

Uri adalah organ yang terdapat didalam rahim wanita hamil, bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi dari ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal ialah apabila ia berada di tengah atau dibahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh dari kawasan dimana bayi sepatutnya keluar dari rahim. Uri di kedudukan bawah pula berada dikawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.

Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui diawal kehamilan kerana 20% daripada uri berada dibawah apa awalnya, tetapi apabila kandungan berusia 28 minggu kebanyakkan dari uri sudah tertarik keatas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma 5% sahaja yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Pada masa ini keadaan ini dipanggil Placenta Previa.

Komplikasi dan rawatan

Sekiranya uri anda masih dibawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk mengalakkanya naik keatas. Rawatan pula bergantung kepada tahap placenta previa (PP) tersebut, samada ia menutup keseluruhan laluan bayi atau separuh sahaja. Tahap keterukan dibahagikan kepada 4 jenis. Jenis 1-4. Jenis 1 adalah yang paling ringan, iaitu uri berada dikedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim manakala jenis ke 4 pula bermaksud uri menutup keseluruhan pintu rahim.

Sekiranya wanita mengalami PP jenis ke 4, terdapat risiko tinggi untuk kelahiran pra-matang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simtom pesakit dengan memasukkan pesakit ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.

19 comments:

  1. moga2 kite dipermudahkan segalanya,
    amin ;)

    tenxs 4 sharing ha..

    ReplyDelete
  2. nanonano - iya..sy tgh mengalaminya..sgt takut..harap2 segalanya akan jadi lebih baik nnt..

    ReplyDelete
  3. honestly awak.. saya tak sanggup nak baca info.. panjang sgt.. hehe.. tp apa pun, saya doakan awak dgn baby both sihat walafiat ye! :)

    ReplyDelete
  4. riri - nnt awak dah kahwin br baca ek..hehe..tak sabar nak vtgk awak kat rumah 'tu'..

    ReplyDelete
  5. maria..awak pun kena ker?saya pun..tgh risau gak ni..:(

    ReplyDelete
  6. evyn4ever - hah..baru tau semalam..esok nk p check up kat hospital lain pulak..takut ni..skrg jalan pun slow je sbb takut jadi pape kat baby..

    ReplyDelete
  7. awak keluar darah ke?jalan pun kene slow2..:)

    ReplyDelete
  8. maria.. jgn risau sgt!! been there, experienced that! :) dulu me pun uri kt bawah gak.. tp alhamdulillah during Week 30 time doc gomen scan utk confirmkan kedudukan placenta, dah naikkk!!! alhamdulillah... pastu, mine was just type-1, paling safe! maria nye type apa? hmmm.. jgn risau k! awal2 sometimes mmg dia kt bawah.. tp insyaAllah dia akan naik.. jgn risau sgt ok!! just take care of urself.. :)

    ReplyDelete
  9. hid kena baca sekali lagi ni. kurang masuk dalam otak.

    ReplyDelete
  10. anita - aritu p scan kat hosp swasta die ckp uri maria ok je tak dok bawah pn..huhu..tak tau yg mn satu betul ni..

    hidd - baca pelan2 yek..

    ReplyDelete
  11. thanks for your info maria.
    iskk sgt berdebarkan...
    hmm harap dipermudahkan semua :)

    ReplyDelete
  12. hanie - em mcm2 kena check bila kita tau dah ade 2 line wkt buat ujian kehamilan tu..sbb tak sumer kehamilan tu boleh go on..ade yg terpaksa d gugurkan..so kena check up awal..especially anak pertama..

    p/s:sharing is caring kan..

    ReplyDelete
  13. info yg sgt bgs.

    awak keje kat penang kan?
    kat mana?kte nak pi penang 14hb ni.kalo ada rezeki blh jmpa :)

    ReplyDelete
  14. oppss.. sis baru realised semlm scan dr informed pasal ni..
    dah 30 mgu, and sis kene dtg balik lagi 2 mgu utk confirm, so far takde bleeding..
    tp takut jugak.. :(
    thanks for sharing the info, m@ri@..
    insya Allah m@ri@ masih peringkat awal kan.. mgkin ada possibility uri akan naik..

    ReplyDelete
  15. fathiyah - eh awak nak mai penang?mai pulau ke?maria kije kt pulau..area bayan lepas..umah pn kat bayan lepas..

    kak maria - em aritu scan kat dr swasta dia kata ok je uri maria..nth..tp kena follow up check up kat hospital kerajaan bila dah 28minggu nnt..

    ReplyDelete
  16. baru terjumpa blog awak nie. sgt bagus info nya. saya juga tgh pregnant. mudah2 dipermudahkan saya semasa pregnant dan melahirkan baby. harap kamu juga begitu. salam perkenalan.

    ReplyDelete
  17. nurul - =)..welcome to the club..terima kasih..kita doa sama2 k..

    ReplyDelete
  18. Dah masuk minggu ke 7 haid saya belum datang... Tertanya-tanya pula samada pregnant ataupun tidak.. Nak tanya selalunya bila kita nak check pregancy? Lepas satu bulan ke dua bulan ? Simptom2 nye apa? Coz saya tak pernah hamil lagi. Dah nak 2 tahun dalam alam perkahwinan dah..

    ReplyDelete
  19. ween - g farmasi beli test kit yg rm8 tu..pastu ween test pagi2 pas bgn tido k..bacaan die lebih tepat..hope dpt dengar good news dr ween..gud luck dear..lain org lain simptomnya..ada yg loya..ada yg pening mabukla...so ween try tgk test tu k..

    ReplyDelete